Remaja Chef Challenge GiatMARA

31 Julai 2026, Jumaat – Rempah Cap Bunga Rose bekerjasama dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) Terengganu dalam penganjuran Pertandingan Remaja Chef Challenge yang melibatkan pelajar GiatMARA sempena Terengganu Showcase 2026 yang berlangsung di Medan MARA, Kuala Lumpur.
Sebanyak 10 kumpulan yang terdiri daripada peserta GiatMARA Hulu Langat, GiatMARA Klang dan GiatMARA Setiawangsa telah menyahut cabaran dengan mempersembahkan hasil hidangan bertaraf top chef pada pusingan pertama.
Wakil daripada GiatMARA Klang dan GiatMARA Hulu Langat kemudiannya berjaya mara ke pusingan akhir. Hidangan Karipap Rendang yang dihasilkan menggunakan Pes Rendang Cap Bunga Rose berjaya membawa wakil GiatMARA Hulu Langat, Umi Namirah binti Zakaria dan Nuriza binti Saad, dinobatkan sebagai Juara pertandingan.
Manakala, Naib Juara dimenangi oleh wakil GiatMARA Klang, Muhammad Alif Imran bin Kelana dan Muhammad Danish Hakimi bin Abdul Aziz, yang mempersembahkan menu Bihun Goreng menggunakan Pes Mee Goreng Udang Cap Bunga Rose.
Tempat Ketiga pula dimenangi oleh wakil GiatMARA Hulu Langat, iaitu Wan Nurul Syakira binti Wan Md Azzaidi dan Muhammad Danish Zackary bin Ghazali.
Pengalaman ini pastinya cukup bermakna buat Rempah Cap Bunga Rose kerana berpeluang menyaksikan sendiri hasil didikan dan kemahiran yang diterapkan oleh GiatMARA dan MARA dalam melahirkan generasi muda yang berbakat dalam bidang kulinari.




Komen