Langkau ke kandungan utama

Remaja Chef Challenge di SMK Sultan Sulaiman

Remaja Chef Challenge at SMK Sultan Sulaiman

5 Ogos 2026, Rabu – Remaja Chef Challenge meneruskan saingan ke destinasi keempat di SMK Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu. Sebanyak 15 kumpulan yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 telah menyahut cabaran ini, dengan penyertaan yang mendapat sambutan amat menggalakkan daripada para pelajar.

Johan pertandingan telah dimenangi oleh Nik Darwisyah Az-Zahra binti Nik Mohd Syamsul Azri dan Aminuddin Harith bin Ahmad Farhan, pelajar Tingkatan 2.

Manakala Naib Johan pula dimenangi oleh Putri Nursyuhada Aira binti Hamdan dan Nor Amni Auni Batrisyia binti Md. Jefri, pelajar Tingkatan 3.

Walaupun sebahagian peserta tidak mempunyai asas kemahiran memasak, kesemua mereka tetap berani mencuba serta menunjukkan semangat dan kreativiti dalam menghasilkan hidangan masing-masing. Keberanian para pelajar SMK Sultan Sulaiman untuk mencuba sesuatu yang baharu menjadi antara perkara yang paling mencuri perhatian sepanjang pertandingan.

Pihak Rempah Cap Bunga Rose berharap agar program ini menjadi titik permulaan buat para pelajar untuk terus mencungkil potensi, mengasah kemahiran dan mengembangkan bakat yang telah sedia ada dalam diri mereka.

Komen

Jadilah yang pertama mengulas.