Langkau ke kandungan utama

Cooking For Fun - Tadika Genius Khaliph

Cooking For Fun - Tadika Genius Khaliph

Kilang Rempah Cap Bunga Rose, Kawasan Industri MARA, Bukit Kor, Terengganu menerima kunjungan istimewa daripada 5 cawangan Tadika Genius Khaliph, iaitu Tadika Genius Khaliph Kuala Ibai, Bukit Tunggal, Dataran Austin, Bukit Payong dan Bandar Marang.

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang lawatan, antaranya lawatan ke kilang pemprosesan Rempah Cap Bunga Rose, aktiviti menanam biji benih, serta aktiviti utama iaitu memasak hidangan Gulai Ayam menggunakan Pes Gulai Ayam Cap Bunga Rose.

Menariknya, murid-murid berjaya menyiapkan hidangan Gulai Ayam dalam tempoh yang singkat. Lebih menggembirakan, hidangan yang dihasilkan sangat menepati cita rasa mereka!

Kunjungan ini pastinya menjadi satu pengalaman yang bermakna buat murid-murid Tadika Genius Khaliph serta seluruh keluarga Rempah Cap Bunga Rose. Semoga pengalaman ini dapat mengasah kemahiran, mencetuskan kreativiti dan meninggalkan kenangan manis buat semua yang terlibat.

Komen

Jadilah yang pertama mengulas.