Satu Langkah Besar Buat Rempah Cap Bunga Rose di MIHAS 2026!

23 September 2026 – Syarikat Hassan Majid Sdn. Bhd., pengeluar produk berjenama Rempah Cap Bunga Rose, telah menyertai Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) 2026 yang berlangsung di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur.
Penyertaan kali ini menjadi satu pencapaian bermakna apabila Syarikat Hassan Majid Sdn. Bhd. memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama PT VARASTRA CAHAYA INDONESIA (VARSKY), sebuah syarikat dari Indonesia. Kerjasama ini menandakan langkah awal dalam usaha memperluas pasaran eksport Rempah Cap Bunga Rose ke Indonesia, sekali gus membuka peluang baharu untuk mengembangkan jenama ke pasaran antarabangsa.
Selain itu, MIHAS 2026 turut menjadi platform bagi Syarikat Hassan Majid Sdn. Bhd. memperkenalkan rangkaian produk Ready-to-Cook (RTC) menerusi pelancaran empat produk pes, iaitu Pes Rendang, Pes Mee Goreng Udang, Pes Beriani dan Pes Gulai Nasi Dagang. Syarikat turut memperkenalkan Set Lengkap Nasi Maharani sebagai pilihan tambahan untuk memudahkan pengguna menyediakan hidangan dengan lebih praktikal.
Pencapaian ini mencerminkan komitmen Syarikat Hassan Majid Sdn. Bhd. untuk terus berkembang dan meneroka peluang baharu dalam industri makanan halal. Sejak penubuhannya pada tahun 1968, syarikat ini terus berusaha memperkukuh kedudukan Rempah Cap Bunga Rose dengan mengekalkan warisan rempah tradisional di samping memperluas rangkaian produknya mengikut keperluan pengguna masa kini.
Usaha ini turut didukung oleh sokongan dan bimbingan pelbagai pihak, termasuk Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Majlis Amanah Rakyat (MARA) serta Gate To Global (GTG), yang telah memberikan kepercayaan dan peluang kepada syarikat untuk mengembangkan perniagaan. Sokongan berterusan ini menjadi antara pemangkin kepada usaha Syarikat Hassan Majid Sdn. Bhd. dalam memperkukuh daya saing serta memperluas jangkauan jenama Rempah Cap Bunga Rose ke pasaran yang lebih luas.




Komen