Remaja Chef Challenge di SMKA Sheikh Abdul Malek

12 Ogos 2026, Rabu – SMKA Sheikh Abdul Malek, Kuala Terengganu telah dipilih sebagai destinasi terakhir bagi pertandingan Remaja Chef Challenge anjuran Rempah Cap Bunga Rose. Sebanyak 14 kumpulan yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 telah menyertai cabaran ini, sekali gus memberi peluang kepada pihak Rempah Cap Bunga Rose untuk menyaksikan bakat dan kemahiran memasak dalam kalangan pelajar aliran agama.
Johan pertandingan telah dimenangi oleh Nur Aisyah Sorfina binti Mohd Basri dan Nur Farah Damia binti Mohd Faizal menerusi hidangan Ikan Masak Masam Manis yang dihasilkan menggunakan Pes Mee Goreng Udang Cap Bunga Rose.
Naib Johan pula menjadi milik Muqri Fahmi bin Ros Hasdi dan Muhammad Ikhwan Zikri bin Saifur yang menyediakan hidangan Gulai Ikan menggunakan Pes Gulai Ayam Cap Bunga Rose. Sementara itu, tempat ketiga berjaya diraih oleh Nur Aqilah Nadirah binti Mohd Arif dan Nor Husna Syazwani binti Sulaiman.
Berdasarkan hasil pertandingan, para pelajar SMKA Sheikh Abdul Malek membuktikan bahawa kecemerlangan mereka bukan sahaja terserlah dalam bidang akademik, malah turut merangkumi kemahiran kulinari dan kreativiti dalam penyediaan hidangan.
Rempah Cap Bunga Rose percaya bahawa setiap pelajar mempunyai bakat dan potensi tersendiri yang boleh dikembangkan melalui latihan, bimbingan dan sokongan yang berterusan. Semoga pengalaman menyertai Remaja Chef Challenge ini menjadi pemangkin kepada para pelajar untuk terus mengasah kemahiran, meneroka potensi diri dan melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.
Dengan berakhirnya pertandingan di SMKA Sheikh Abdul Malek, maka berakhirlah siri Remaja Chef Challenge Rempah Cap Bunga Rose.




Komen