Langkau ke kandungan utama

Remaja Chef Challenge di SMK Sultan Mansor

Remaja Chef Challenge at SMK Sultan Mansor

15 Julai 2026, Rabu – SMK Sultan Mansor menyahut cabaran Remaja Chef Challenge dengan penyertaan sebanyak 15 kumpulan yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 aliran kulinari.

Johan pertandingan telah dimenangi oleh Nur Ain Dartinie binti Bahudin dan Nur Husnina Qaisara binti Mohd Hamdan, pelajar Tingkatan 5.

Naib Johan pula dimenangi oleh Ayuni Basheerah binti Azmi dan Nur Nabila Zahra binti Mohd Riza, yang juga merupakan pelajar Tingkatan 5. Sementara itu, tempat ketiga menjadi milik Norma Amna Dalili binti Manan dan Nur Ain Faqihah binti Ahmad Khalil, wakil pelajar Tingkatan 4.

Kesemua peserta SMK Sultan Mansor telah menampilkan persembahan yang memukau serta menunjukkan tahap profesionalisme yang tinggi dalam penyediaan hidangan.

Program ini turut diserikan dengan Majlis Menandatangani Surat Jalinan Kerjasama antara Pengarah Rempah Cap Bunga Rose, Encik Mohd Kamarul Ariff bin Hassan, dan Pengetua SMK Sultan Mansor, Tuan Saharuddin bin Abdullah. Jalinan kerjasama ini merupakan satu langkah bermakna dalam membuka lebih banyak peluang pembelajaran, pendedahan industri dan pengalaman praktikal kepada para pelajar dalam bidang kulinari.

Komen

Jadilah yang pertama mengulas.