Remaja Chef Challenge di SMK Tengku Bariah

7 Julai 2026, Selasa – Remaja Chef Challenge meneruskan saingan di SMK Tengku Bariah, Kuala Terengganu. Persaingan kali ini melibatkan 15 kumpulan peserta yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 2 hingga Tingkatan 4 daripada aliran kulinari.
Pada pusingan akhir, kedua-dua kumpulan finalis mempertaruhkan hidangan yang sama, iaitu Mee Goreng Udang. Namun, kumpulan juara tampil dengan kelainan apabila menggabungkan Pes Mee Goreng Udang & Pes Beriani Cap Bunga Rose dalam masakan, sekali gus berjaya memukau para juri.
Kesemua peserta telah menunjukkan usaha, kreativiti dan kemahiran memasak yang sangat mengagumkan sepanjang pertandingan berlangsung.
Program ini turut diserikan dengan Majlis Menandatangani Surat Jalinan Kerjasama antara Pengarah Rempah Cap Bunga Rose, Encik Mohd Zulfikri bin Hassan, dan Pengetua SMK Tengku Bariah, Puan Juliza Mohd Zakaria.
Majlis ini diadakan sebagai simbolik kepada jalinan kerjasama yang bakal terjalin antara kedua-dua pihak pada masa akan datang, khususnya dalam usaha memperkukuh hubungan dan kerjasama dalam bidang berkaitan.




Komen