Sup Ayam

BAHAN

1/2 ekor ayam

2 sudu Rempah Masak Cap Bunga Rose

1 biji bawang besar

3 ulas bawang putih

2 biji ubi kentang

1/2 batang lobak merah

2 batang saderi

2 biji tomato

1/2 sudu besar garam atau secukup rasa

6 gelas air

Sedikit minyak

 

 

BAHAN HIAS

Daun sup

Bawang goreng

 

 

CARA MASAK

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah sehingga wangi dan kekuningan. 

2. Masukkan air secukupnya.

3. Masukkan lobak merah dan ubi kentang. Mask sehingga ubi kentang separa empuk

4. Masukkan ayam dan 2 sudu Rempah Masak Cap Bunga Rose.

5. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa mengikut citarasa.

6. Akhir sekali, masukkan tomato dan batang saderi.

7. Sebelum dihidangkan, tabur bawang goreng dan sedikit lagi daun sup. Selamat mencuba. 

NOTA: Jika menggunakan daging, masukkan daging bersama ubi kentang kerana daging lambat empuk.