Bom Kacang Hijau

 

BAHAN DOH

2 cawan tepung pulut

2 sudu besar tepung gandum

Sedikit garam

1 cawan air 

Bijan secukupnya - untuk salut 

 


CARA MEMBUAT DOH

Satukan tepung pulut, tepung gandum dan garam. Bancuh dengan air sedikit sedikit hingga menjadi doh yang tak melekat di tangan. Jika lembik, tambahkan setengah sudu tepung beras pulut setiap kali memasukkannya.

 

 

 

 

INTI KACANG HIJAU

1 ½ cawan serbuk kacang hijau Cap Bunga Rose

Air panas secukupnya

½ cawan gula pasir

Sedikit garam



CARA MEMBUAT INTI

Gaul serbuk kacang hijau Cap Bunga Rose bersama air panas secukupnya hingga sebati dan tidak berketul.

Masukkan garam dan gula, kacau rata. Sesuaikan kemanisan, jika suka lebih manis boleh tambah gula. Pastikan tekstur inti boleh dibentukkan. Bila sudah sejuk kepal inti bulat bulat.

*Boleh masukkan kelapa parut dan tepung gandum, jika suka.

 

 

CARA MASAK

1. Sapu sedikit minyak pada tapak tangan. Ambil adunan, leperkan dan masukkan inti kacang hijau yang telah di kepal bulat bulat tadi.

2. Cantumkan bahagian leper tadi hujung ke hujung. Bulatkannya dengan kemas.

3. Terus digolek golek ke dalam bekas bijan hingga seluruh kuih diselaputi bijan. Akhir sekali layangkan antara 2 tapak tangan agar bijan yang tidak melekat akan jatuh dengan sendiri.

4. Goreng kuih bom dalam minyak terendam dengan api sederhana pada 5 minit permulaan. Kemudian baru besarkan api sambil kacau digolek golek dalam kuali sehingga agak kekuningan. Jangan lama, nanti meletup.