Menganang Kacang

BAHAN

8 biji telur

2 cawan gula

2 cawan serbuk kacang hijau cap bunga rose

1 cawan pati santan

1 cawan air

 

 

 

 

 

 

   

 

    CARA MASAK

    1. Telur dipecah  dan dipukul bersama gula sehingga sebati dan masukkan santan kemudian dikacau perlahan lahan.

    2. Setelah itu baru masukkan serbuk kacang hijau sedikit demi sedikit sampai kesemua adunan tadi sebati seterusnya masukkan air dan kacau sehingga sebati 

    3. Tapis kesemuanya dengan kain nipis yang jarang dan siapkan acuan serta masukkan adunan tadi kedalamnya lebih kurang ¾ dari acuan .

    4. Bakar dengan api perlahan sehingga masak.