Bubur Assyura Terengganu

Bahan-bahan A

1 cupak beras (875gm)

5 cupak air

*nisbah beras dan air 1:5

Bahan-bahan B

105gm Rempah Assyura Cap Bunga Rose

Santan pekat 375gm (2 biji kelapa)

Kerisik (1 biji kelapa)

Daging 300gm

Ayam 300gm (ambil isi sahaja)

Sedikit lengkuas (dikisar, tapis ambil air sahaja)

Nisang/gula Melaka 400gm

Ubi kentang 500gm (dipotong dadu)

Bahan C (dikisar)

Bawang merah 250gm

Bawang putih 80gm

Halia 125gm

Kunyit 1.5 inci

 

Cara Memasak

1.Didihkan Ramuan A sehingga menjadi bubur.

2.Masukkan Ramuan B & C dan mulakan kerja mengacau sehingga bubur assyura menjadi pekat.

3.Apabila kelihatan minyak pada permukaan bubur assyura, sejukkan di dalam bekas yang sesuai.

 

Panduan:

Bagi mengelakkan bubur assyura berkerak atau hangit:

1.Jangan gunakan api terlalu besar.

2.Jangan berhenti mengacau

NOTA: Untuk 1 gantang beras (3.5kg) gandakan semua bahan-bahan 10x ganda.