Rendang Tok

BAHAN A

1 kg daging (potong sebesar 3 inci)

5 sudu besar minyak masak

2 sudu makan Rempah Masak Cap Bunga Rose

2 sudu makan Rempah Gulai Cap Bunga Rose 

2 cawan santan pekat (1 biji kelapa)

3 keping asam keping

2 helai daun kunyit (dihiris halus)

10 helai daun limau purut (dikoyak)

½ cawan kerisik

3 sudu besar gula merah

garam secukup rasa

BAHAN B ( Dikisar )

25 biji cili kering

3 ulas bawang putih

15 biji bawang merah

5cm halia

5 batang serai

3cm lengkuas

 

 

 

CARA MASAK

1. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bahan yang dikisar dengan Rempah Masak dan Rempah Gulai Cap Bunga Rose sehingga naik minyak. 

2. Masukkan daging, santan, dan asam keping dalam kuali.

3. Masakkan sehingga pekat dan naik minyak.

4. Bila telah pekat masukkan daun kunyit, daun limau purut, kerisik gula merah dan garam.

5. Kacau rata lagi sehingga naik minyak dan cukup pekat (sebaiknya kering sedikit).

6. Hidangkan