Kuah Laksa Terengganu

BAHAN BAHAN

1 s/b Rempah Gulai Cap Bunga Rose

1 s/b Rempah Masak Cap Bunga Rose

3 s/b cili boh

1 s/b kerisik

4 mangkuk santan cair

1 keping asam keping

1 kg ikan Kembung/Selayang (dipanggang tawar dan dikisar)

Gula melaka

Gula pasir – secukup rasa

Garam – secukup rasa

BAHAN DIKISAR HALUS

10 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

5 ulas bawang putih

½ inci lengkuas

1 inci halia

Sedikit kunyit hidup

 

 

 

CARA MASAK

1. Adunkan bahan yang dikisar bersama Rempah Gulai dan Rempah Masak Cap Bunga Rose, cili boh dan kerisik. 

2. Didihkan santan bersama asam keping, gula melaka, gula pasir dan garam. Setelah mendidih, masukkan adunan rempah.

3. Kacau rata dan biarkan seketika kemudian masukkan isi ikan kisar. 

4. Masukkan ikan yang telah direbus, cili padi dan belimbing buluh yang dicelur. Masak sehingga pecah minyak dan padamkan api.

5. Masak sehingga pecah minyak dipermukaan kuah dan padamkan api.