Daging Masak Hitam

BAHAN A

500 gram daging [dipotong nipis]

2 batang serai [diketuk]

3 sudu besar Rempah Masak Cap Bunga Rose

2 cawan air

5 sudu besar kicap pekat

½  cawan jus asam jawa

2 sudu besar kerisik

5 sudu besar minyak masak

garam secukup rasa

 

BAHAN B ( Dikisar )

15 tangkai cili kering

10 biji bawang merah

3 ulas bawang putih

3 sm halia

 

 

CARA MASAK

1. Panaskan minyak masak dan tumis  serai, bahan dikisar dan Rempah Masak Cap Bunga ROSE sehingga wangi.

2. Masukkan daging dan air. Masakkan sehingga lembut.

3. Masukkan kicap, asam jawa, kerisik dan garam. Kacau rata.

4. Masakkan sehingga pekat dan naik minyak.

5. Sedia untuk dihidangkan.