Ayam Bakar Berempah

BAHAN A

1 ekor ayam [dipotong 4]

3 sudu besar Rempah Gulai Cap Bunga Rose

3 sudu besar cili kisar 

3-5 tangkai daun kari [dihiris]

2 sudu besar minyak masak

Garam secukup rasa

 

BAHAN B ( Dikisar )

5 biji bawang merah

3 ulas bawang putih

1 inci halia

1 inci lengkuas

1 inci kunyit hidup (boleh ganti serbuk kunyit)

3 batang serai

 

 

 

 

 

 

CARA MASAK

1. Basuh ayam dan tuskan sehingga kering.

2. Masukkan ayam dan semua bahan A dan bahan B ke dalam mangkuk besar. 

3. Gaul rata supaya semua rempah sebati dan perap selama 1 atau 2 jam.

4. Bakar ayam di dalam oven pada suhu 180’C selama 20-25 minit atau sehingga masak.

Tip *Ayam juga boleh digorengkan sehingga masak dan agak garing.