Acar Buah

BAHAN A

500 gram buah jeruk campur [kismis hitam/kuning, prune, mangga, kurma & lobak asin dipotong kecil]

15 biji bawang merah [saiz kecil] 

10 ulas bawang putih

2 cawan minyak masak

3 sudu besar Rempah Masak Cap Bunga Rose

1 cawan gula pasir

½  cawan bijan [digoreng tanpa minyak]  

garam secukup rasa

 

 

BAHAN B ( Dikisar )

20 biji cili kering 

3 labu bawang besar 

5 ulas bawang putih

10cm halia

 

 


 

 

 

 

CARA MASAK

1. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bahan dikisar dan Rempah Masak Cap Bunga Rose. Kacau sehingga wangi dan naik minyak.

2. Masukkan gula dan cuka. Masakkan sehingga naik minyak lagi. 

3. Masukkan semua buah campur, bawang merah dan bawang putih. Masakkan lagi sehingga pekat dan naik minyak . 

4. Sejukkan dan masukkan dalam bekas kering. 

5. Taburkan bijan goreng bila menghidang.