Rendang Daging

BAHAN

1 kg daging dipotong kecil

BAHAN A

2 s/b Rempah Gulai Cap Bunga Rose

2 s/b cili giling

 

 

 

BAHAN B ( Dikisar halus )

5 ulas bawang merah

5 ulas bawang putih

2 biji buah keras

3 hiris lengkuas

1 inci halia

1 inci kunyit

 

BAHAN C

1 s/b kerisik

2 batang serai – diketuk

3-5 helai daun limau purut

1-2 helai daun kunyit

 

BAHAN D

100 ml santan

100 ml air

 

 

 

 

CARA MASAK

1. Tumis BAHAN A, kemudian masukkan BAHAN B. Kacau sehingga wangi.

2. Masukkan daging bersama BAHAN C dan kacau hingga sebati.

3. Setelah mendidih masukkan santan dan air. Kacau perlahan-lahan sehingga daging benar-benar empuk dan kuah agak kering.

4. Padamkan api. Sedia untuk dihidang.