Gulai Ikan Tongkol

BAHAN

1 kg ikan tongkol – direbus

3 s/b Rempah Gulai Cap Bunga Rose

5 s/b cili giling

½ keping besar gula Melaka

3 liter santan

1 s/b air asam jawa

15 cili padi

10 belimbing buluh

200 ml minyak masak

 

BAHAN DIKISAR

6 ulas bawang merah

4 ulas bawang putih

1 inci halia

½ inci lengkuas

Sedikit kunyit hidup

 

BAHAN TUMIS

3 ulas bawang merah – dimayang

½ inci halia – dimayang

2 inci kulit kayu manis

6 biji buah pelaga

8 biji bunga cengkih

 

CARA MASAK

1. Campurkan Rempah Gulai Cap Bunga Rose dan cili giling bersama BAHAN DIKISAR dan adun sebati.

2. Tumiskan BAHAN TUMIS sehingga kekuningan dan masukkan adunan rempah. Tumis sehingga pecah minyak.

3. Masukkan santan dan air asam jawa bersama gula Melaka, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga sederhana pekat.

4. Masukkan ikan yang telah direbus, cili padi dan belimbing buluh yang dicelur. Masak sehingga pecah minyak dan padamkan api.

5. Siap untuk dihidang.